Some cutes followed here!

Saturday, September 27, 2014

Bertolaknya ke Tanah Suci Mekah

PERJALANAN BERMULA

Andalusia Travel & Tours: Best sangat.


Bermulanya perjalanan daripada rumah untuk ke KLIA2 adalah sesuatu yang menerujakan, tapi dalam masa yang sama Anis rasa sikit sedih. Yalah, kami akan berangkat ke Tanah Arab dan tinggalkan adik beradik lain, anak-anak buah tersayang, kawan-kawan dan bakal suami (wink2). Tak tahu lagi bila boleh lagi jumpa mereka. Ajal & maut semuanya ketentuan Illahi.

Di jadikan cerita, kami punya flight pukul 2.00 petang, tapi kena ada dekat airpot 5jam sebelum. Jadi, dalam pukul 11 pagi kami dah sampai KLIA2. Sayu hati masa nak berpisah. Cuma, Anis tahan sebak sebab lagi teruja untuk ke sana menjadi tetamu Allah. Selama ni, asyik tengok dekat facebook, google and tv je gambar Kaabah & Masjid Nabawi, tapi kali ni, Anis akan rasa sendiri pengalaman tu. Siapa yang tak excited tu memang problem kat brain la..

Jadi, ni gambar masa kami mula-mula sampai dekat KLIA2. Masa ni family kami tak sampai lagi.







Ish, tiba-tiba excited tu datang balik masa tengah menaip blog ni.

Alhamdulillah, akhirnya, kami tiba di Lapangan Terbang Jeddah jam lebih kurang 5.00 petang (waktu Mesir), 12.00 tgh malam (waktu Malaysia) lepas beberapa jam dalam flight Air Asia. 





Masa ni, kami naik turun daripada kapal terbang, 
naiklah bas ke Lapangan Terbang Jeddah, adalah dalam 3,4 minit sahaja.

Jadi, kami pun punggahlah beg-beg kami dan bersiap sedia untuk bergerak ke Madinah.

*Trip kami terus ke Madinah dan kemudian barulah ke Mekah*

My love hero, tolak troli beg-beg kami masa di Lapangan Terbang Jeddah.

Perjalanan daripada Jeddah ke Madinah ambil masa yang lama, Anis pun dah lupa berapa jam. Tapi kami tiba di Mubarak Silver Hotel, Madinah pada jam 11.00 malam (waktu Mesir) 6.00 pagi (waktu Malaysia) *Kalau tidak silap saya*. Jadi, gambar pertama yang Anis ambil ketika perjalanan ke Madinah ialah..

Kami singgah untuk solat Jamak Isyak & Maghrib di sini.
Jadi, sampai di sini dulu lah coretan Anis untuk entry kali ni. Mata Anis dah mengantuk.
InsyaAllah more pictures will be upload. 
Anis harap dengan berkongsi pengalaman ke sana pada usia muda, boleh memupuk semangat pembaca-pembaca semua untuk ke sana satu hari nanti. Amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...