Some cutes followed here!

Wednesday, March 07, 2012

MUHASABAH

PERNAHKAN ANDA TERFIKIR??
1. Apa yang paling DEKAT dengan diri kita di dunia?
2. Apa yang paling JAUH dari kita di dunia?
3. Apa yang paling BESAR di dunia?
4. Apa yang paling BERAT di dunia?
5. Apa yang paling RINGAN di dunia?
6. Apa yang paling TAJAM di dunia?

——————
Jawapannya:
——————
Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghozali bertanya..

PERTAMA:
“Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”.
Murid-muridnya menjawab : “orang tua, guru, kawan, dan sahabatnya”.

Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu BENAR. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah MATI. Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Q.S. Ali Imran 185)

KEDUA:
“Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”.
Murid -muridnya menjawab : “negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang”.

Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah BENAR. Tapi yang paling benar adalah MASA LALU. Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

KETIGA:
“Apa yang paling besar di dunia ini?”.
Murid-muridnya menjawab : “gunung, bumi dan matahari”.

Semua jawapan itu BENAR kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah NAFSU (Q.S. Al-A’Raf 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

KEEMPAT:
“Apa yang paling berat di dunia ini?”.
Ada yang menjawab : “besi dan gajah”.

Semua jawapan adalah BENAR, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Q.S. Al-Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini.
Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak dapat memegang amanahnya.

KELIMA:
“Apa yang paling ringan di dunia ini?”
Ada yang menjawab : “kapas, angin, debu dan daun-daunan”.

Semua itu BENAR kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan, kita meninggalkan solat; gara-gara bermesyuarat, kita meninggalkan solat.

Dan pertanyaan KEENAM adalah,
“Apakah yang paling tajam di dunia ini?”
Murid-muridnya menjawab dengan serentak : “pedang”.

BENAR, kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia selalu menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Saturday, March 03, 2012

COUPLE ISLAMIC? WUJUDKAH?

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

BINGKISAN BERMULA….. 
BERDASARKAN CERPEN DAN LELAKI BAIK YANG BERCINTA 

Ibu cantik itu, tersenyum-senyum malu sebelum berkata, 
"Dia lelaki baik. Untuk perempuan, cukuplah itu yang mereka dapat dalam hidup mereka, iaitu lelaki baik, dan selepas itu, dunia seisinya sudah menjadi miliknya. Jadi, boleh kamu bayangkan betapa bertuahnya saya dengan hanya seorang lelaki saya sudah memperoleh dunia dan seisinya?"

 Berdebar-debar dada saya saat mendengarkan jawapan ibu cantik itu. Sehingga begitu sekali? Lalu bertanyalah saya kepada soalan yang membuat saya menjadi rungsing. "Bagaimana mahu mencari lelaki baik seperti itu?" Ketika itu jugalah, ibu cantik tadi mula terlihat serius dan akhirnya berkata, 

"Lelaki yang baik akan sentiasa menjauhi diri kamu." 

Saya diam, dan saya langsung tidak nampak di mana logiknya.
 "Saya tidak faham. Adakah maksud Puan lelaki baik tidak akan suka kepada saya?" Saya juga mula ikut serius. "Lelaki yang tidak suka kepada kamu akan menjauhi mu, dan lelaki baik yang menyukaimu, juga akan menjauhi diri mu," jelas ibu muda itu dan membuat saya semakin bingung.

"Adakah Puan ini ahli sufi?" telah saya, kerana untuk persoalan sebegitu, biasanya hanya sufi-sufi yang mampu membuatkan manusia terbingung-bingung. 
Ibu cantik itu ketawa kecil dan berkata, "Saya bukanlah ahli sufi, tetapi itulah hakikatnya, dan biarlah saya terangkan sebabnya." Saya mengatur duduk saya supaya semakin baik, saya diam dan saya sedia mendengarkan kata-kata ibu itu.

 "Untuk lelaki yang tidak menyukai kamu, memang jelas dia akan menjauhi kamu atas alasan, dia tidak suka kamu. Manakala untuk lelaki biasa, yang menyukai kamu, dia akan cuba mendekati kamu, dan ini pasti kamu tahu. Cuma lelaki yang benar-benar baik, apabila dia menyukai kamu dia akan menjauhi diri dari kamu dan inilah yang saya mahu ceritakan." Jauh "Lelaki yang baik itu, tidak akan menyentuh kamu. Tidak akan sesekali cuba menyentuh kamu. Bukan sahaja tangan halus kamu, bukan juga 'menyentuh' mata bening kamu, tetapi yang lebih utama, dia tidak akan 'menyentuh' hati lembut kamu. Mereka tidak akan menyentuhnya selagi mana mereka tidak bersedia, dan pada ketika dia sudah bersedia, dia akan menikahi kamu dan pada saat itulah, barulah dia berani 'menyentuh' hati kamu. Lalu bagaimana mungkin lelaki baik tidak 'menyentuh' hati kamu sekiranya dia tidak menjauhkan diri daripada kamu? Sedaya upaya dia akan cuba menghindar, kerana dia tahu, pada ketika dia membuka mulutnya bagi berbicara, pada ketika itulah, bicaranya yang baik-baik akan 'menyentuh' hati kamu, dan 'mencengkam' hatinya pula. 

Terjadi rindu dan kamu pun tahu maknanya rindu kepada bukan mahram itu sangat halus sempadannya, antara rindu baik dan zina hati. Sangat-sangat halus, dan lelaki baik tidak mungkin mahu mengambil risiko itu."

 BERDASARKAN CERPEN DAN PEREMPUAN BAIK YANG BERCINTA
 Benarlah kata bijak pandai, cinta itu adalah kemenangan khayalan ke atas akal fikiran. Hanya dengan khayalan aku akan bahagia dengan lelaki itu, aku berani mengatakan aku sudah jatuh cinta. Mujur, aku masih diyakinkan dengan satu lagi kata bijaksana, cinta akan hilang keindahannya, apabila tidak lagi dirahsiakan. Namun yang paling utama, waktu itu sebenarnya aku masih malu. Ya, aku perempuan, dan pasti malu itu adalah sesuatu yang sangat wajar.

-------------------------------------------------------------------------------------------(BABAK LAIN) 

"Ibu mahu menjaga kamu dahulu." 
"Menjaga saya?" Aku mengerut dahi.
 "Ya, menjaga kamu dengan memberitahu kamu sesuatu berkenaan cinta, supaya kamu mengerti bahawa cinta itu adalah sangat biasa. Tidak ada apa-apa istimewanya berkenaan cinta. Cinta itu sama biasanya dengan kuku yang boleh tumbuh selepas dipotong. Dan di situlah silapnya banyak manusia, kerana menganggap perasaan cinta itu sangat istimewa. Mereka menyangjungnya sampai hilang akal, kerana mereka tidak sanggup kehilangan sesuatu yang istimewa. Dan kamu sendiri, adakah kamu sanggup kehilangan sesuatu yang istimewa?" 
Aku menggeleng, dan ibu terus menyambung,

 "Manusia apabila sudah tidak sanggup kehilangan yang istimewa, mereka akan berbuat apa sahaja. Mereka menganggap ia sesuatu yang ajaib, padahal itu cumalah ilusi. Dan lebih menakutkan, pada ketika manusia menganggap cinta bukanlah berkenaan apa yang kita peroleh, tetapi adalah berkenaan apa yang kita beri, iaitu segala-galanya. Pada ketika tahap itu, maruah akan kita beri, keingkaran agama akan kita beri, dan iman juga akan kita tukarkan kepada cinta. Sedangkan, iman itulah yang perlu dianggap istimewa, bukannya cinta," jelas ibu, dan ada yang aku setuju walaupun banyak yang aku keliru. Aku pandang ibu, ibu terus-terusan tersenyum.

 "Ibu sudah memberitahu kamu, iman lah yang perlu dianggap istimewa. Apa sahaja perkara baik yang dicampurkan dengan 'istimewa' akan menjadikan ia 'istimewa'. Begitu jugalah cinta. Cinta itu sangat biasa, tetapi apabila ia dicampurkan dengan 'iman' barulah ia menjadi cinta yang istimewa. Kamu tahu mengapa ia istimewa?"

 "Kerana, dengan campuran iman dan cinta, iman akan bertambah-tambah dan paling nikmat, adalah rasa cinta itu juga semakin bertambah banyak. Dan kamu tahu bagaimana kita mengenal cinta itu semakin banyak? Apabila, pasangan tadi tidak berhenti berusaha membahagiakan pasangannya. Sekiranya dahulu sering SMS, selepas nikah tetap berusaha SMS. Begitu jugalah sebaliknya, cinta akan terhenti apabila, ada antara pasangan sudah berhenti berusaha." Aku diam, keliru. "Kalau kamu jatuh cinta, jadilah perempuan baik yang bercinta."

"Perempuan baik yang bercinta?" Aku pula kembali terasa diusik, apatah lagi melihat ibu menyuntingkan senyuman nakal.

 "Perempuan baik itu adalah suatu proses. 
Jangan sesekali mencuba menjadi perempuan baik hanya dalam masa sehari, tetapi berusahalah menjadi perempuan baik sampai kamu mati. Kerana, pasti orang seperti kita ada melakukan dosa, tetapi bangkitlah kembali dengan taubat. Itulah perempuan baik bagi ibu, iaitu perempuan yang sentiasa berusaha menjadi hamba kepada Allah yang taat. Dan taat kepada Allah, kamu tahu ia bukan sekadar satu dua perkara, tetapi ribuan perkara, meliputi hal ayah ibu, suami, anak, jiran, ibadah, menjaga maruah, menjaga mulut, taubat, dan banyak lagi. Itulah perempuan baik bagi ibu, perempuan yang sentiasa berusaha ke arah perkara yang baik-baik."

 "Dan bercinta pula?" soal aku malu-malu.

 Ibu tersenyum lebar, lalu berkata, "Sukar sebenarnya. Tetapi tetap ada petua. Pada ketika kamu menerima lamaran seorang lelaki, pada ketika itulah kamu periksa kata-kata, yang mula-mula keluar daripada hati kamu. Perempuan biasa yang bercinta akan berkata dalam hati, "Aku cintakan dia, sebab itu aku perlukan dia." Sedangkan perempuan baik, dalam hatinya akan berkata begini, "Aku perlukan dia, sebab itulah aku cintakan dia."

 Pada ketika 'perlu' yang datang terlebih dahulu sebelum cinta, kamu ada peluang menjadi perempuan baik yang bercinta. Kemudian semak maksud 'perlu' dalam hati kamu. Adakah kamu perlu lelaki beriman yang dapat membimbing, ataupun perlu kepada lelaki kaya yang dapat menyenangkan. Sekiranya kamu 'perlu' kepada lelaki beriman yang membimbing, kamu adalah perempuan baik yang bercinta."

BERDASARKAN CERPEN MEMILIKI CINTA 
Tidak perlu kita merasa susah hati dan resah menanti jodoh. Ia ada, telah tersedia tertulis di Luh Mahfuz. Kecuali jodoh itu tidak akan sampai jika kita mati terlebih dahulu menghadap-Nya."

 "Nasuha sayang, mengertilah. Mereka yang bercouple tu belum tentu akan sampai jodoh di singgahsana. Jika dapat berkahwin pun, ia dibina atas dasar maksiat, jauh dari keberkatan dan keredhaan Allah. Tidak perlu kita merasa cemburu dengan mereka yang disayangi oleh makhluk tetapi kita perlu merasa cemburu dan sedih andai Pencipta makhluk tidak lagi sayang kepada kita lantaran dosa maksiat yang kita lakukan." 

"Allah itu Maha Penyayang. Kita harus merasa bersyukur kerana Allah memilih kita dalam jagaan-Nya. Tidak membiarkan kita hanyut dan asyik dalam dunia cinta palsu. Inilah bukti Allah sayang kepada kita. Dia juga Maha adil. Aku menarik nafas. Rasa macam sudah panjang tazkirah ini. Bimbang 

Nasuha jadi semakin
pening pula jika terlalu panjang. Lalu aku ingin simpulkan dengan simpulan yang mudah agar dia memahami maksud sebenar yang ku ingin sampaikan padanya.

 "Nasuha...yakinlah dengan Allah. Bukan yakin dengan kata-kata akak tetapi yakinlah dengan janji-janji-Nya. Perempuan yang baik disediakan untuk lelaki yang baik, begitu juga sebaliknya. Sesungguhnya jodoh Nasuha sudah ada dan sudah tersedia, cuma sekarang dia tak nampak di mata kerana Allah masih menyembunyikannya."

 "Allah sembunyikan?" Dia bertanya dengan suara perlahan.

 "Ya. Sekarang Allah sembunyikannya. Bila sampai saat dan waktunya nanti, dia akan datang, memperlihatkan dirinya pada Su dan melamar Su dengan penuh salam penghormatan kerana terlalu hormatkan maruah dan peribadi yang Su miliki. Kerana mengagumi ketinggian agama yang Su pegangi."

 "Sementara menunggu cinta suci itu datang dan memilikinya suatu hari nanti, sekarang Su perlu lebih mempersiapkan diri. Harumkan akhlak dan peribadi. Dekatilah Ilahi, pasti kita tidak akan rugi. Jadilah hamba-Nya yang terbaik meskipun pangkat solehah itu sangat sukar untuk diperoleh."

 "Tetapi kita haruslah sentiasa mencuba berusaha mengubah diri ke arah lebih baik. Sesungguhnya sang soleh sentiasa akan mengintai-intai sang solehah untuk dijadikan bidadari dalam hidupnya untuk dibawa pula terbang abadi hingga syurga-Nya..." 

BERDASARKAN CERPEN CINTAI ALLAH SEBELUM CINTAI DIA "Serahkan hatimu pada Allah, pasti DIA temukan dengan pemilik terbaik" Islam mengiktiraf cinta. Buktinya, dalam Al Quran sendiri, Allah ada berfirman dalam kalamNya, surah At Taubah ayat 24. Dalam ayat ni, Allah gambarkan ada  
3 peringkat cinta dalam Islam
 1) CINTA AGUNG: Cintakan Allah, Rasulullah dan berjihad di jalanNya. 
2) CINTA PERTENGAHAN: Cinta pada ibu bapa, anak-anak, suami isteri, saudara mara dan kaum kerabat.
 3) CINTA RENDAH: cintakan kaum kerabat dan harta benda melebihi cinta pada Allah , Rasulullah dan cintakan jihad di jalanNYA.

 Tapi, kalau yang memang dah ada taman dalam hati macam mana? "Mak ayah tak bagi kahwin lagi sebab tengah belajar. Tak kan haram jugak kot. Rasa suka ni tak boleh nak sekat!".. Hmm, sebenarnya begini..
"Cinta ini memang fitrah, tapi jangan kita jadikan ia fitnah. Sebagai contoh, bila kita sedang berpuasa, kita disuruh agar tidak mendekati makanan kerana boleh jadi ia membawa fitnah yang boleh membawa kita berbuka puasa. Maka begitu juga CINTA, rasa suka itu fitrah. Jadi, kita dilarang mendekati maksiat seperti zina hati, dating dan bergayut dengannya di telefon agar fitrah itu tidak menjadi fitnah. Sehari tak bercakap
dengan si dia jadi gundah, tapi sehari tak bangun qiamullail, tak pulak rasa begitu.

 Kalau penyakit ini ada dalam hati kita, hati-hati. Jangan sampai cinta yang kononnya suci ini jatuh martabat menjadi cinta rendah, iaitu bila mana cinta manusia lebih daripada cinta Allah..
"kami tidak akan ucapkan perkataan 'CINTA' kepada mana-mana lelaki ajnabi kerana.. kami simpan perkataan itu untuk diucapkan kepada bakal suami selepas akad nikah" 

BERDASARKAN CERPEN BUAT BUDAK COUPLE ISLAMIK
“Ana Khairun Nisa, sila beri tunjuk ajar.” Nisa memperkenalkan dirinya.
Dalam mahu yang bercampur dengan iman di dalam hatinya, Naim melihat Nisa dengan sipi-sipi matanya sahaja. Ingin dia merenung Nisa dengan lebih tajam tapi iman di dadanya masih kukuh bak tembok besar cina.
“Cantiknya,” hati Naim bermonolog.
Tidak sampai sekelip matapun,imannya menampar hatinya. Dia terus sedar dari diulik oleh syaitan dan lantas dia beristighfar, memohon ampun daripada Tuhan dek kerana melakukan zina, zina hati. Ingin sahaja matanya mengeluarkan bintik-bintik mutiara tanda sesalnya dia akan dosanya namun selaput kaca di matanya masih tebal. Mungkin penyesalannya masih belum kuat untuk memecahkan selaput kaca itu.

ISTERI YG SOLEHAH ADALAH UTK SUAMI YG SOLEH

Bismillahhirahmannirrahim..
Assalamualaikum w.b.t kepada semua.

Alhamdulillah sy ucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana limpah kurnia & inayahNya akhirnya majlis terbesar yang dirancang oleh Medical Imaging Students Association berjalan dengan lancar.
Majlis Bacaan Yassin, Solat Hajat & Ceramah Bersama Imam Muda Hassan Adli.

Tak dinafikan, mana ada perempuan yang tidak mahukan suami yang soleh. Semua perempuan begitu bukan? Akan tetapi berpeganglah dengan kata-kata ini,
"Janganlah engkau terlalu mengejarkan suami yang soleh akan tetapi solehahkanlah dirimu."

Maknanya, jika kita bercita-cita untuk mendapat suami Imam Muda, daripada sekaranglah kita ambil initial steps untuk berubah dan berusaha mendapatkan hidayah Allah. Berdoalah semoga suami kita tergolong di dalam golongan solihin. Amin Ya Rabbal Alamin.

Akan tetapi betulkan niat di hatimu, janganlah engkau berubah menjadi solehah kerana terlalu mengejarkan suami yang soleh semata, tetapi solehahkan dirimu kerana ingin mencari keredhaan Allah dan barulah diikiuti dengan niat yang lain-lain. Mencari keredhaan Allah adalah yang terbaik. 

 "Utamakanlah pandangan Allah daripada pandangan Manusia."

Berbalik kepada program di atas tadi, sebenarnya waktu pertama kali bersua dengan IM Hassan ni, boleh tergugat juga iman yang tak berapa nak banyak ni. Nasib baru je kahwin. Saya adalah orang yang bertanggungjawab untuk menyambut IM Hassan & isterinya dalam Majlis tu, jadi, saya sangat excited pada hari tu. 

Tapi malangnya, IM Hassan datang dgn PA dia, jadi frust sangat hari tu kerana tak dapat bersua dengan Pn Uffah yang dengar-dengar cerita sangat cantik. Sesuailah dengan IM Hassan yang muka sweet sangat + macam students je muka, muda sangat.

Di sini saya rasa mcm nak share apa yang IM Hassan sampaikan tempoh hari,
  1. (Dengar lagu Hijjaz- Pandangan Mata) - Di sini kita akan belajar bahawa pandangan mata selalunya menipu, padangan akal selalu tersalah, pandangan nafsu selalu melulu, pandangan hati itu yang hakiki kalau hati itu bersih.
  2. Seperti kita belajar untuk final exam sekarang. Jika kita belajar mengikut pandangan mata yang selalu menipu, kita akan cakap final exam soalannya susah. Tapi kalau kita study kerana Allah, InsyaAllah kita rasa final exam tu senang.
  3. Jika kita belajar mengikut pandangan akal yang selalu tersalah, kita akan menggunakan akal untuk belajar, bukan kita belajar kerana Allah, belajar kerana ingin lulus peperiksaan & dekan sahaja.
  4. Jika kita belajar mengikut pandangan nafsu yang selalu melulu, kiat hafal-hafal sampai confident, kemudian dapat kertas soalan terus jawab, sebab terlalu melulu sangat kita akan careless. & kadang-kadang kita buat assignment kerana nak cepat. Jadi kita buat hentam kromo je.
  5. Tapi, jika kita belajar mengikut pandangan hati yang hakiki, kita belajar kerana Allah, kita buat segalanya kerana Allah. InsyaAllah Allah akan bantu kita dalam apa jua keadaan & kesulitan. Jika kita dah berusaha tapi masih tidak cemerlang, mereka yang belajar kerana Allah tidak akan mengeluh kerana percaya, "Everything happen for a reason.."
  6. Selain itu, IM Hassan juga adalah salah seorang daripada peserta Akademi Al-Quran taw dulu, tapi sy tak pernah perasan,
  7. IM Hassan juga suka sangat dengan kuih ketayap. Sebab arwah ayah dia pun suka kuih ketayap. 
  8. Muka IM Hassan juga berseri-seri. Subhanallah!! Serius terpikat sangat.
  9. Baru berkahwin 17 Februari 2012 yang lepas dengan Pn Uffah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...