PERJALANAN BERMULA
Andalusia Travel & Tours: Best sangat. |
Bermulanya perjalanan daripada rumah untuk ke KLIA2 adalah
sesuatu yang menerujakan, tapi dalam masa yang sama Anis rasa sikit sedih.
Yalah, kami akan berangkat ke Tanah Arab dan tinggalkan adik beradik lain,
anak-anak buah tersayang, kawan-kawan dan bakal suami (wink2). Tak tahu lagi
bila boleh lagi jumpa mereka. Ajal & maut semuanya ketentuan Illahi.
Di jadikan cerita, kami punya flight pukul 2.00 petang, tapi
kena ada dekat airpot 5jam sebelum. Jadi, dalam pukul 11 pagi kami dah sampai
KLIA2. Sayu hati masa nak berpisah. Cuma, Anis tahan sebak sebab lagi teruja
untuk ke sana menjadi tetamu Allah. Selama ni, asyik tengok dekat facebook,
google and tv je gambar Kaabah & Masjid Nabawi, tapi kali ni, Anis akan
rasa sendiri pengalaman tu. Siapa yang tak excited tu memang problem kat brain la..
Jadi, ni gambar masa kami mula-mula sampai dekat KLIA2. Masa
ni family kami tak sampai lagi.
Ish, tiba-tiba excited tu datang balik masa tengah menaip
blog ni.
Alhamdulillah, akhirnya, kami tiba di Lapangan Terbang
Jeddah jam lebih kurang 5.00 petang (waktu Mesir), 12.00 tgh malam (waktu
Malaysia) lepas beberapa jam dalam flight Air Asia.
Masa ni, kami naik turun daripada kapal terbang,
naiklah bas ke Lapangan Terbang Jeddah, adalah dalam 3,4 minit sahaja.
Jadi, kami pun punggahlah
beg-beg kami dan bersiap sedia untuk bergerak ke Madinah.
*Trip kami terus ke Madinah dan kemudian barulah ke Mekah*
My love hero, tolak troli beg-beg kami masa di Lapangan Terbang Jeddah. |
Perjalanan daripada Jeddah ke Madinah ambil masa yang lama, Anis pun dah lupa berapa jam. Tapi kami tiba di Mubarak Silver Hotel, Madinah pada jam 11.00 malam (waktu Mesir) 6.00 pagi (waktu Malaysia) *Kalau tidak silap saya*. Jadi, gambar pertama yang Anis ambil ketika perjalanan ke
Madinah ialah..
Kami singgah untuk solat Jamak Isyak & Maghrib di sini. |
Jadi, sampai di sini dulu lah coretan Anis untuk entry kali ni. Mata Anis dah mengantuk.
InsyaAllah more pictures will be upload.
Anis harap dengan berkongsi pengalaman ke sana pada usia muda, boleh memupuk semangat pembaca-pembaca semua untuk ke sana satu hari nanti. Amin..