"Maafkan saya bang.." kata Salina kepada suaminya.
"Tak megapalah sayang, jika awak dah benar-benar menyesal, Alhamdulillah."
Teringat Salina akan kejadian malam tadi ketika dia dan suaminya sedang berbincang mengenai beberapa perkara yang ingin di kongsikan.
Dia masih teringat ketika dia hendak memulakan bicara mengenai isu tersebut.
"Abang... Kenapa abang menerima saya sebagai isteri abang?"
"Kerana Allah."
"Tapi abang lagi muda daripada saya, dan abang tak pernah kenal saya. Dosa-dosa saya sebelum ni. Saya bukan orang-orang alim seperti abang, tidak bertudung labuh"
"Bagi abang, yang lepas biarlah lepas. Kenapa mesti kita ungkit kisah lama kita yang tak mungkin kita ubah, tapi kalau sayang nak bercerita tentang kisah dulu-dulu, abang sudi mejadi pendengar setia."
"Kalau abang nak tahu, Na dulu taklah sebaik mana macam perempuan lain. Malah, Na rasa Na lg teruk berbanding perempuan lain."
"Tak baik sayang cakap macam tu. Ceritalah isteriku."
"Sebelum Na berkenal dengan abang, Na memang dah ada kekasih. Na minta maaf bang."
"Kenapa perlu minta maaf? Abang pun pernah mencintai orang lain."
"Tapi Na.........." putus kata-kata Salina di situ.
"Na pada mulanya, rasa takut untuk terima pinangan abang. Sebab Na tahu Na bukan orang baik-baik. Na dah banyak sangat dosa dengan Allah. Masa muda Na dah penuh dengan dosa."
"Na... Berterus teranglah. Abang tahu Na mesti kekok dengan abang, sebab ini pertama kali Na duduk sebilik dengan lelaki. Tapi, abang dah jadi suami Na, janganlah kita berahsia satu sama lain."
"Itulah abang silap. Sebenarnya ini bukanlah pertama kali Na duduk sebilik dengan lelaki. Na minta maaf bang, Na menyesal."
"Maksud awak?"
"Na dah pernah serahkan tubuh Na dekat lelaki lain, yang bukan halal buat Na. Na rasa bersalah dengan abang. Na tak patut terima pinangan abang."
"Astaghfirullahhalazim...." mengucap panjang si suami.
"Tapi Na cintakan abang.. Masa Na dengar abang imamkan solat maghrib di kolej dulu, Na dah mula jatuh hati dengan bacaan ayat Al-Quran abang. Sampai Na menitiskan air mata waktu Na sujud."
"Kenapa Na sanggup buat macam ni dekat abang?"
"Abang, sungguh Na mula ambil langkah untuk berubah lepas daripada kejadian tu. Bacaan ayat Al-Quran yang keluar dari mulut abang betul-betul buat Na insaf. Na nak berubah."
"Tapi sebelum bernikah Na tak cerita dekat abang?"
"Na takut bang, Na mula jatuh hati sejak itu, dan Na berubah untuk abang."
"Salah tu sayang, Na patut berubah demi Allah, bukan demi abang."
"Pada waktu tu, Na cuma terpikat dengan sifat abang. Cuma pada waktu tu, Na terikat dengan hubungan Na dengan kekasih Na. Na takut untuk tinggalkan dia, sebab dia patut bertanggungjawab atas apa yang kami pernah buat. Tapi hati Na kuat mengatakan, Na mahukan abang sebagai suami Na. Na tak tahu nak buat apa waktu tu."
"Habis macam mana Na selesaikan masalah ni? Na, tahu tak, berzina tu berdosa di sisi Allah. Berdosa Na. Abang rasa bersalah kerana tak hadir dalam hidup Na awal daripada yang sepatutnya. Abang patut bimbing jodoh abang daripada awal lagi."
"Bukan salah abang. Na yg pilih jalan ni. Na terlalu cintakan dia, Na selalu puaskan nafsu Na dengan dia. Hampir beberapa kali Na tidur dengan dia. Na sanggup serahkan segalanya sebab Na nak dia berkahwin dengan Na, dia bertanggungjawab orangnya."
"Habis kenapa Na tinggalkan dia?"
"Kerana Na cintakan abang. Abang tahu, waktu kita mula-mula rapat, Na tak rasa tergugat dengan message-message yang abang bagi. Walaupun Na mula rasa suka dengan abang sejak solat maghrib berjemaah dulu. Tapi, bila kita selalu sangat message, kita online chat, abang selalu cari pasal dengan Na. Na rasa macam Na gembira bila berborak dengan abang."
"Abang cuma anggap Na sebagai kakak sahaja pada waktu tu."
"Na tahu bang. Tapi makin lama Na borak dengan abang, Na message dengan abang, Na rasa Na dah mula cintakan abang kerana sifat abang yang sangat baik dan sentiasa beri ayat-ayat pembakar semangat. Tiap-tiap malam Na tunggu abang online depan laptop. Na cuba tahan diri Na daripada rindukan abang, tapi Na tak boleh. Lagi plak kita jarang berjumpa & terserempak."
"Na, abang tak pernah anggap Na lebih daripada seorang kakak waktu kita mula-mula message. Abang minta maaf kalau kerana abang Na tinggalkan dia."
"Bukan.. Bukan kerana abang Na tinggalkan dia, tapi kerana iman & akhlak abang Na tinggalkan dia. Abang tahu, waktu kita berbincang soal perkahwinan, Na dah mula tertarik dengan abang. Na cuba bagi hint yang Na dah mula cintakan abang, tapi abang tak pernah perasan."
"Siapa kata abang tak perasan?"
"Jadi abang sedarlah waktu tu?"
"Abang sedar yang isteri abang ni cuba untuk mengorat abang, cuma abang sengaja buat-buat tak faham. Sebab tu abang sentiasa bagi nasihat agar "PERSAHABATAN" kita kekal selamanya. Sebab abang tak mahu kita sentiasa berhubung dengan perasaan cinta di dalamnya. Boleh menaikkan nafsu syahwat."
"Subhanallah, malunya Na. Tapi abang, sejak bila abang mula terpikat dengan Na?"
"Sejak kita berbincang soal perkahwinan tu. Abang perasan yang Na nak sangat berkahwin dengan orang yang dapat membimbing Na, abang tahu, abang tak mampu untuk bimbing Na pada waktu tu. Tak penuh lagi ilmu di dada abang untuk menjadikan Na isteri abang. Jadi, abang terpaksa mengambil masa beberapa tahun untuk jadi yang terbaik untuk Na."
"Abang tahu yang Na cintakan abang, tapi kenapa abang tak pernah luahkan perasaan abang pada Na. Sekurang-kurangnya Na tahu dan akan setia dengan abang seorang sehingga kita di ijab kabulkan."
"Na yang tak perasan. Abang selalu cakap yang abang rindu Na tapi dalam nada bergurau, cuma Na yang ingat abang main-main dengan kata-kata abang."
"Na tak tahu abang serius. Tapi Na tetap gembira bila Na bangun tidur, Na tengok abang bagi message kejut Na tahajud. Subhanallah, sungguh Na menyesal dengan dosa yang pernah Na lakukan sebelum ni."
"Na, lelaki yang soleh tidak akan mengungkit kisah lampaunya, tapi berusahalah untuk menjadi yang terbaik pada masa akan datang."
"Abang nak cakap yang abang soleh la ni. Ish, perasan!"
"Haha, sayang.. Cuma abang nak Na tahu yang abang tak kisah apa yang pernah Na lakukan sebelum ni, asalkan Na menyesal dan bertaubat. Abang cintakan Na kerana Allah. Bukan kerana kecantikkanmu."
"Ya Allah, kau telah berikan aku seorang suami yag benar-benar soleh. Terima Kasih Ya Allah."
"Marilah kita pelihara cinta kita kepada Allah & Rasulnya. Agar cinta kita dibawa hingga ke syurga."
"Aminn...."

No comments:
Post a Comment