Some cutes followed here!

Monday, November 01, 2010

Baca dan ambil iktibar...wahai putriku...

"Aku cintakan padamu!, jangan tinggalkan ku!"..."I love u sooo
much honey"... "Saya tak boleh hidup tanpa awak!"..."Saya
sanggup mati untuk mendapatkanmu"..."Saya sanggup lakukan
apa sahaja untukmu"..."Jangan lukakan hati I, I tak tahu kat
mana tempat nak mengadu kalau takde u"..

Itulah antara kata-kata yang indah yang selalu diungkapkan oleh
wanita kepada teman lelaki mereka. Seolah-olah teman mereka
yang menciptakan dan meniupkan roh ke dalam jiwa mereka.
Kata-kata ini boleh menyebabkan menjadi syirik kepada Allah
Azza Wajalla yang telah menciptakan manusia dan seluruh alam ini. Nauzubillah.

Mereka bertudung. Mereka berkalimah syahadah. Mereka
mengaku Muslimah. Tetapi hakikatnya mereka adalah pendusta!.
Adakah seseorang itu disebutkan Muslim yang baik hanya
selepas ianya berkalimah syahadah mengaku 'tiada Tuhan
melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah' tetapi tidak
melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasulnya?.

Siang malam menghabiskan duit hampir RM 100 sehari hanya
nak 'topup' handphone untuk bermesej dengan teman lelaki
mereka. Apa yang dimesejkannya?. 'U dah makan?"...."U ada
kat mana?"...'I miss u sayang"..."U tak tidur lagi ke?..."U ada
teman baru ke?"...itulah antara mesej2 mereka. Bayangkan
kalau mereka menggunakan duit tersebut untuk di jalan Allah.
Print artikel Islam. Pastu potostat banyak2. Then edarkan
kepada orang ramai. Subhanallah!. Berapa banyak orang mendapat
manfaat daripadanya?. Berapa banyak pula pahala yang
mereka dapat?.

Gadis lari daripada rumah mengikut teman lelaki. Bukak je surat
khabar. Ha itulah antara tajuk yang best. Tunjuklah gambar
ibu bapa dengan muka sedihnya merayu "pulanglah anakku..
mak masih sayang padamu..kenapa buat mak macam ni"?.

Tak reti bersyukur!. Derhaka!. Itu sahaja perkataan yang
sesuai untuk manusia sebigini. Bayangkan hanya baru
mengenali seorang lelaki yang tak sampai seminggu boleh
terus hanyut dan mengenepikan ibu bapa mereka yang telah
membela mereka berbelas tahun?. Cubalah refresh balik
bagaimana Ibumu betapa seksanya selama 9 bulan mengandungkanmu, membawamu ke sana sini. Ayahmu pula tak henti2 keluar ke
sana sini mencari rezeki untuk menyara kehidupanmu.
Akhirnya apa yang mereka dapat?. Mereka hanya dibalas
najis. Bahkan ada diantara mereka membalas jasa ibu bapa
mereka dengan 'mengandung anak haram'...petuiih. Tidak ada
rasa malukah kamu?. Di mana lelaki kamu yang selalu
bersamamu?. Dah lari dah?. Ala ciannye.

Nah!. Ambillah tubuhku!. Ini untuk u sayang. U mintak apa saja
I akan kasi. Tapi please dont leave me honey"..wah best!.
Terus lah teman lelakinya melahab dan meratah tubuh teman
wanitanya. Yummy sedap betul!. Esok abang nak lagi boleh?.
"No problem dear. Asalkan U tak cari wanita lain. I sanggup". Wah!. Tersenyum luaslah teman lelakinya!. Best ni. Ada can.
Beraksilah pasangan tersebut dengan aksi yang penuh dengan
kasih sayang syaitan. Ada yang beraksi dengan bertudung tanpa
pakaian. Ada yang beraksi telanjang. Ada yang beraksi kat
taman-taman. Ada yang beraksi kat depan masjid!. Wah happy
betul pasangan ni.

Siap rakam-rakam guna phone untuk buat
kenangan. 2-3 minggu selepas itu. Si awek call teman lelakinya.
'Abang!. I ngandung ni!. Mcm mana ni?. U kenelah jadi suami I.
U kena tanggungjawab!. U kena ingat janji U dulu!."..Si teman lelaki "...................". Kenapa u tak jawab honey?. Tanya si awek. Apa
yang dijawab si teman lelaki? ".....Tut....Tut....Tut..."..Handphone ditutupkan!. Bukan main terkejut si awek!. Call lagi si teman lelaki.
Kali ni dia angkat. Tapi suara orang perempuan. Kata perempuan
tersebut "..Please try later..". Jeng jeng jeng!!!...hampa nak buat
apa time tu?. Nangis air mata darah?. Sudah tidak berguna.
4 Bulan selepas itu. Ambik kau. Perut sikit punya besar. Mak
ayah ingat anak dah jadi gemuk sebab makan banyak. Selama ni
badan kecik je. Oh! rupa2nya dia mengandung!. "Keluar kau dari
rumah ni!. Kau bukan anak aku!. Aku tak pernah ada anak kotor
macam kau!."..Maka keluarlah wanita tersebut dengan penuh
hina dan kesedihan yang tidak terhingga. Ke mana nak pergi?.

Oklah rumah kawan. "Eh asal awak gemuk semacam ni?. Kenapa
awak nangis ni?. Ada problem"?. Tanya si kawan. Dia menjawab.
"I baru kena halau dari rumah. Actually I hamil anak bf I. Tapi
dia dah lari."...Betapa terkejutnya si kawan. "Eh pergilah kau
dari sini!. Aku tak pernah ada kawan yang perangai buruk
macam kau ni!." Kedegang bunyi pintu ditutup. Apa kes?. Ha
nangislah kat situ. Ibu bapa dah halau. Sekarang ni kawan
dah halau. Ingatkan nak pergi cari Allah. Pergi masuk masjid
ambik wudhuk pi sembah Allah. Sampai masa yang cukup.
Anak yang dikandungnya pun keluar. Oh!. Ingatkan nak peluk
cium anak tu dengan penuh kasih sayang!. Dia pergi tikam
anak tu!. Dia cuba sumbat dalam lubang tandas!. Tak boleh juga.
Dia buang dalam tong sampah. Dia biarkan anaknya dirobek2 anjing!.

Celakalah kau perempuan!. Dahlah berzina, kemudian
membunuh pula?!. Last2. Hidup dah tertekan. Maka dia
ambil keputusan naik atas bangunan paling tinggi. Kemudian
menjadi ala-ala superman. Nak buat apa?. OH TIDAK!!.
DIA BUNUH DIRI!. Maka melayanglah wanita itu
menghempas ke tanah. Terburai isi perut, otak dan segala2nya.
Maka tamatlah riwayat hidup wanita itu yang pastinya akan
mendapat azab Allah di akhirat. Ingat sudah selesai selepas
membunuh diri?. No way!. U tunggu azab Allah!. AZAB
YANG PEDIH DAN SEPEDIH2NYA!!!...SAKIT!.

Sedarlah wanita.
Kenapa kamu sanggup menangis
hanya disebabkan manusia?. Kenapa kamu
sanggup membuatkan fikiranmu pening
hanya kerana memikirkan teman lelakimu?.
Kenapa kamu sanggup mengenepikan Syurga hanya
untuk Neraka?. Kenapa kamu sanggup tinggalkan pelajaran
kamu hanya untuk teman lelaki?. Kerana kamu sanggup
menderhakai ibu bapamu hanya kerana ingin

mengikut teman lelaki mu?. Nak menyanyangi manusia tidak
salah. Bahkan ianya wajib..Nabi bersabda. "Tidak akan
diterima keimanan seseorang daripada kalian, sebelum ia
mencintai sesama Muslim sebagaimana Ia mencintai dirinya
sendiri". Cintailah mereka dengan penuh kasih sayang. Tetapi
cinta kepada Allah adalah melebihi segala2nya!.

Wanita!. Ambillah pengajaran atas apa yang berlaku terhadap rakan-rakanmu yang hilang punca hidup. Ambilah pengajaran.
Dan berhati2lah.

Kenapa bila terjadi sesuatu masalah kamu tidak berhadapan
dan melutut di hadapan Allah?. Takut yang Allah tidak
menerimu?. Dosamu banyak? Lebih banyak daripada air
di lautan?. Wanita!. Allah Maha Pengasih dan Maha
Penyayang!. Sekalipun kau syirik kepada Allah, kemudian
kamu bertaubat!. Nescaya Allah menerima mu!.
TAUBATLAH!
KEMBALILAH KEPADA ALLAH!.

Bukti cinta Allah kepadamu!. Dalam sebuah Hadits Qudsi:

"Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu berdoa kepadaKu
dan berharap kepadaKu, necaya Aku mengampuni
dosa-dosamu yang telah lalu dan aku tidak peduli. Wahai
anak Adam, seandainya dosa-dosamu mencapai awan di
langit kemudian kamu meminta ampunan kepadaKu, Nescaya Aku mengampuni dosa-dosamu terdahulu dna Aku tidak peduli.
Wahai anak Adam, seandainya kamu datang kepadaKu dengan
mebawa dosa-dosa sepenuh bumi kemudian kamu datang
kepadaKu dengan tidak menyekutukanKu dengan suatu apapun,
maka Aku memberi ampunan kepadamu sebanyak dosa-dosa tersebut."


SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR!
dipetik dari http://uniqueummah.blogspot.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...