Bismillahhirahmannirrahim..
Assalamualaikum w.b.t kepada semua.
Alhamdulillah sy ucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana limpah kurnia & inayahNya akhirnya majlis terbesar yang dirancang oleh Medical Imaging Students Association berjalan dengan lancar.
Majlis Bacaan Yassin, Solat Hajat & Ceramah Bersama Imam Muda Hassan Adli.
Tak dinafikan, mana ada perempuan yang tidak mahukan suami yang soleh. Semua perempuan begitu bukan? Akan tetapi berpeganglah dengan kata-kata ini,
"Janganlah engkau terlalu mengejarkan suami yang soleh akan tetapi solehahkanlah dirimu."
Maknanya, jika kita bercita-cita untuk mendapat suami Imam Muda, daripada sekaranglah kita ambil initial steps untuk berubah dan berusaha mendapatkan hidayah Allah. Berdoalah semoga suami kita tergolong di dalam golongan solihin. Amin Ya Rabbal Alamin.
Akan tetapi betulkan niat di hatimu, janganlah engkau berubah menjadi solehah kerana terlalu mengejarkan suami yang soleh semata, tetapi solehahkan dirimu kerana ingin mencari keredhaan Allah dan barulah diikiuti dengan niat yang lain-lain. Mencari keredhaan Allah adalah yang terbaik.
"Utamakanlah pandangan Allah daripada pandangan Manusia."
Berbalik kepada program di atas tadi, sebenarnya waktu pertama kali bersua dengan IM Hassan ni, boleh tergugat juga iman yang tak berapa nak banyak ni. Nasib baru je kahwin. Saya adalah orang yang bertanggungjawab untuk menyambut IM Hassan & isterinya dalam Majlis tu, jadi, saya sangat excited pada hari tu.
Tapi malangnya, IM Hassan datang dgn PA dia, jadi frust sangat hari tu kerana tak dapat bersua dengan Pn Uffah yang dengar-dengar cerita sangat cantik. Sesuailah dengan IM Hassan yang muka sweet sangat + macam students je muka, muda sangat.
Di sini saya rasa mcm nak share apa yang IM Hassan sampaikan tempoh hari,
- (Dengar lagu Hijjaz- Pandangan Mata) - Di sini kita akan belajar bahawa pandangan mata selalunya menipu, padangan akal selalu tersalah, pandangan nafsu selalu melulu, pandangan hati itu yang hakiki kalau hati itu bersih.
- Seperti kita belajar untuk final exam sekarang. Jika kita belajar mengikut pandangan mata yang selalu menipu, kita akan cakap final exam soalannya susah. Tapi kalau kita study kerana Allah, InsyaAllah kita rasa final exam tu senang.
- Jika kita belajar mengikut pandangan akal yang selalu tersalah, kita akan menggunakan akal untuk belajar, bukan kita belajar kerana Allah, belajar kerana ingin lulus peperiksaan & dekan sahaja.
- Jika kita belajar mengikut pandangan nafsu yang selalu melulu, kiat hafal-hafal sampai confident, kemudian dapat kertas soalan terus jawab, sebab terlalu melulu sangat kita akan careless. & kadang-kadang kita buat assignment kerana nak cepat. Jadi kita buat hentam kromo je.
- Tapi, jika kita belajar mengikut pandangan hati yang hakiki, kita belajar kerana Allah, kita buat segalanya kerana Allah. InsyaAllah Allah akan bantu kita dalam apa jua keadaan & kesulitan. Jika kita dah berusaha tapi masih tidak cemerlang, mereka yang belajar kerana Allah tidak akan mengeluh kerana percaya, "Everything happen for a reason.."
- Selain itu, IM Hassan juga adalah salah seorang daripada peserta Akademi Al-Quran taw dulu, tapi sy tak pernah perasan,
- IM Hassan juga suka sangat dengan kuih ketayap. Sebab arwah ayah dia pun suka kuih ketayap.
- Muka IM Hassan juga berseri-seri. Subhanallah!! Serius terpikat sangat.
- Baru berkahwin 17 Februari 2012 yang lepas dengan Pn Uffah..
No comments:
Post a Comment