Some cutes followed here!

Saturday, March 03, 2012

COUPLE ISLAMIC? WUJUDKAH?

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

BINGKISAN BERMULA….. 
BERDASARKAN CERPEN DAN LELAKI BAIK YANG BERCINTA 

Ibu cantik itu, tersenyum-senyum malu sebelum berkata, 
"Dia lelaki baik. Untuk perempuan, cukuplah itu yang mereka dapat dalam hidup mereka, iaitu lelaki baik, dan selepas itu, dunia seisinya sudah menjadi miliknya. Jadi, boleh kamu bayangkan betapa bertuahnya saya dengan hanya seorang lelaki saya sudah memperoleh dunia dan seisinya?"

 Berdebar-debar dada saya saat mendengarkan jawapan ibu cantik itu. Sehingga begitu sekali? Lalu bertanyalah saya kepada soalan yang membuat saya menjadi rungsing. "Bagaimana mahu mencari lelaki baik seperti itu?" Ketika itu jugalah, ibu cantik tadi mula terlihat serius dan akhirnya berkata, 

"Lelaki yang baik akan sentiasa menjauhi diri kamu." 

Saya diam, dan saya langsung tidak nampak di mana logiknya.
 "Saya tidak faham. Adakah maksud Puan lelaki baik tidak akan suka kepada saya?" Saya juga mula ikut serius. "Lelaki yang tidak suka kepada kamu akan menjauhi mu, dan lelaki baik yang menyukaimu, juga akan menjauhi diri mu," jelas ibu muda itu dan membuat saya semakin bingung.

"Adakah Puan ini ahli sufi?" telah saya, kerana untuk persoalan sebegitu, biasanya hanya sufi-sufi yang mampu membuatkan manusia terbingung-bingung. 
Ibu cantik itu ketawa kecil dan berkata, "Saya bukanlah ahli sufi, tetapi itulah hakikatnya, dan biarlah saya terangkan sebabnya." Saya mengatur duduk saya supaya semakin baik, saya diam dan saya sedia mendengarkan kata-kata ibu itu.

 "Untuk lelaki yang tidak menyukai kamu, memang jelas dia akan menjauhi kamu atas alasan, dia tidak suka kamu. Manakala untuk lelaki biasa, yang menyukai kamu, dia akan cuba mendekati kamu, dan ini pasti kamu tahu. Cuma lelaki yang benar-benar baik, apabila dia menyukai kamu dia akan menjauhi diri dari kamu dan inilah yang saya mahu ceritakan." Jauh "Lelaki yang baik itu, tidak akan menyentuh kamu. Tidak akan sesekali cuba menyentuh kamu. Bukan sahaja tangan halus kamu, bukan juga 'menyentuh' mata bening kamu, tetapi yang lebih utama, dia tidak akan 'menyentuh' hati lembut kamu. Mereka tidak akan menyentuhnya selagi mana mereka tidak bersedia, dan pada ketika dia sudah bersedia, dia akan menikahi kamu dan pada saat itulah, barulah dia berani 'menyentuh' hati kamu. Lalu bagaimana mungkin lelaki baik tidak 'menyentuh' hati kamu sekiranya dia tidak menjauhkan diri daripada kamu? Sedaya upaya dia akan cuba menghindar, kerana dia tahu, pada ketika dia membuka mulutnya bagi berbicara, pada ketika itulah, bicaranya yang baik-baik akan 'menyentuh' hati kamu, dan 'mencengkam' hatinya pula. 

Terjadi rindu dan kamu pun tahu maknanya rindu kepada bukan mahram itu sangat halus sempadannya, antara rindu baik dan zina hati. Sangat-sangat halus, dan lelaki baik tidak mungkin mahu mengambil risiko itu."

 BERDASARKAN CERPEN DAN PEREMPUAN BAIK YANG BERCINTA
 Benarlah kata bijak pandai, cinta itu adalah kemenangan khayalan ke atas akal fikiran. Hanya dengan khayalan aku akan bahagia dengan lelaki itu, aku berani mengatakan aku sudah jatuh cinta. Mujur, aku masih diyakinkan dengan satu lagi kata bijaksana, cinta akan hilang keindahannya, apabila tidak lagi dirahsiakan. Namun yang paling utama, waktu itu sebenarnya aku masih malu. Ya, aku perempuan, dan pasti malu itu adalah sesuatu yang sangat wajar.

-------------------------------------------------------------------------------------------(BABAK LAIN) 

"Ibu mahu menjaga kamu dahulu." 
"Menjaga saya?" Aku mengerut dahi.
 "Ya, menjaga kamu dengan memberitahu kamu sesuatu berkenaan cinta, supaya kamu mengerti bahawa cinta itu adalah sangat biasa. Tidak ada apa-apa istimewanya berkenaan cinta. Cinta itu sama biasanya dengan kuku yang boleh tumbuh selepas dipotong. Dan di situlah silapnya banyak manusia, kerana menganggap perasaan cinta itu sangat istimewa. Mereka menyangjungnya sampai hilang akal, kerana mereka tidak sanggup kehilangan sesuatu yang istimewa. Dan kamu sendiri, adakah kamu sanggup kehilangan sesuatu yang istimewa?" 
Aku menggeleng, dan ibu terus menyambung,

 "Manusia apabila sudah tidak sanggup kehilangan yang istimewa, mereka akan berbuat apa sahaja. Mereka menganggap ia sesuatu yang ajaib, padahal itu cumalah ilusi. Dan lebih menakutkan, pada ketika manusia menganggap cinta bukanlah berkenaan apa yang kita peroleh, tetapi adalah berkenaan apa yang kita beri, iaitu segala-galanya. Pada ketika tahap itu, maruah akan kita beri, keingkaran agama akan kita beri, dan iman juga akan kita tukarkan kepada cinta. Sedangkan, iman itulah yang perlu dianggap istimewa, bukannya cinta," jelas ibu, dan ada yang aku setuju walaupun banyak yang aku keliru. Aku pandang ibu, ibu terus-terusan tersenyum.

 "Ibu sudah memberitahu kamu, iman lah yang perlu dianggap istimewa. Apa sahaja perkara baik yang dicampurkan dengan 'istimewa' akan menjadikan ia 'istimewa'. Begitu jugalah cinta. Cinta itu sangat biasa, tetapi apabila ia dicampurkan dengan 'iman' barulah ia menjadi cinta yang istimewa. Kamu tahu mengapa ia istimewa?"

 "Kerana, dengan campuran iman dan cinta, iman akan bertambah-tambah dan paling nikmat, adalah rasa cinta itu juga semakin bertambah banyak. Dan kamu tahu bagaimana kita mengenal cinta itu semakin banyak? Apabila, pasangan tadi tidak berhenti berusaha membahagiakan pasangannya. Sekiranya dahulu sering SMS, selepas nikah tetap berusaha SMS. Begitu jugalah sebaliknya, cinta akan terhenti apabila, ada antara pasangan sudah berhenti berusaha." Aku diam, keliru. "Kalau kamu jatuh cinta, jadilah perempuan baik yang bercinta."

"Perempuan baik yang bercinta?" Aku pula kembali terasa diusik, apatah lagi melihat ibu menyuntingkan senyuman nakal.

 "Perempuan baik itu adalah suatu proses. 
Jangan sesekali mencuba menjadi perempuan baik hanya dalam masa sehari, tetapi berusahalah menjadi perempuan baik sampai kamu mati. Kerana, pasti orang seperti kita ada melakukan dosa, tetapi bangkitlah kembali dengan taubat. Itulah perempuan baik bagi ibu, iaitu perempuan yang sentiasa berusaha menjadi hamba kepada Allah yang taat. Dan taat kepada Allah, kamu tahu ia bukan sekadar satu dua perkara, tetapi ribuan perkara, meliputi hal ayah ibu, suami, anak, jiran, ibadah, menjaga maruah, menjaga mulut, taubat, dan banyak lagi. Itulah perempuan baik bagi ibu, perempuan yang sentiasa berusaha ke arah perkara yang baik-baik."

 "Dan bercinta pula?" soal aku malu-malu.

 Ibu tersenyum lebar, lalu berkata, "Sukar sebenarnya. Tetapi tetap ada petua. Pada ketika kamu menerima lamaran seorang lelaki, pada ketika itulah kamu periksa kata-kata, yang mula-mula keluar daripada hati kamu. Perempuan biasa yang bercinta akan berkata dalam hati, "Aku cintakan dia, sebab itu aku perlukan dia." Sedangkan perempuan baik, dalam hatinya akan berkata begini, "Aku perlukan dia, sebab itulah aku cintakan dia."

 Pada ketika 'perlu' yang datang terlebih dahulu sebelum cinta, kamu ada peluang menjadi perempuan baik yang bercinta. Kemudian semak maksud 'perlu' dalam hati kamu. Adakah kamu perlu lelaki beriman yang dapat membimbing, ataupun perlu kepada lelaki kaya yang dapat menyenangkan. Sekiranya kamu 'perlu' kepada lelaki beriman yang membimbing, kamu adalah perempuan baik yang bercinta."

BERDASARKAN CERPEN MEMILIKI CINTA 
Tidak perlu kita merasa susah hati dan resah menanti jodoh. Ia ada, telah tersedia tertulis di Luh Mahfuz. Kecuali jodoh itu tidak akan sampai jika kita mati terlebih dahulu menghadap-Nya."

 "Nasuha sayang, mengertilah. Mereka yang bercouple tu belum tentu akan sampai jodoh di singgahsana. Jika dapat berkahwin pun, ia dibina atas dasar maksiat, jauh dari keberkatan dan keredhaan Allah. Tidak perlu kita merasa cemburu dengan mereka yang disayangi oleh makhluk tetapi kita perlu merasa cemburu dan sedih andai Pencipta makhluk tidak lagi sayang kepada kita lantaran dosa maksiat yang kita lakukan." 

"Allah itu Maha Penyayang. Kita harus merasa bersyukur kerana Allah memilih kita dalam jagaan-Nya. Tidak membiarkan kita hanyut dan asyik dalam dunia cinta palsu. Inilah bukti Allah sayang kepada kita. Dia juga Maha adil. Aku menarik nafas. Rasa macam sudah panjang tazkirah ini. Bimbang 

Nasuha jadi semakin
pening pula jika terlalu panjang. Lalu aku ingin simpulkan dengan simpulan yang mudah agar dia memahami maksud sebenar yang ku ingin sampaikan padanya.

 "Nasuha...yakinlah dengan Allah. Bukan yakin dengan kata-kata akak tetapi yakinlah dengan janji-janji-Nya. Perempuan yang baik disediakan untuk lelaki yang baik, begitu juga sebaliknya. Sesungguhnya jodoh Nasuha sudah ada dan sudah tersedia, cuma sekarang dia tak nampak di mata kerana Allah masih menyembunyikannya."

 "Allah sembunyikan?" Dia bertanya dengan suara perlahan.

 "Ya. Sekarang Allah sembunyikannya. Bila sampai saat dan waktunya nanti, dia akan datang, memperlihatkan dirinya pada Su dan melamar Su dengan penuh salam penghormatan kerana terlalu hormatkan maruah dan peribadi yang Su miliki. Kerana mengagumi ketinggian agama yang Su pegangi."

 "Sementara menunggu cinta suci itu datang dan memilikinya suatu hari nanti, sekarang Su perlu lebih mempersiapkan diri. Harumkan akhlak dan peribadi. Dekatilah Ilahi, pasti kita tidak akan rugi. Jadilah hamba-Nya yang terbaik meskipun pangkat solehah itu sangat sukar untuk diperoleh."

 "Tetapi kita haruslah sentiasa mencuba berusaha mengubah diri ke arah lebih baik. Sesungguhnya sang soleh sentiasa akan mengintai-intai sang solehah untuk dijadikan bidadari dalam hidupnya untuk dibawa pula terbang abadi hingga syurga-Nya..." 

BERDASARKAN CERPEN CINTAI ALLAH SEBELUM CINTAI DIA "Serahkan hatimu pada Allah, pasti DIA temukan dengan pemilik terbaik" Islam mengiktiraf cinta. Buktinya, dalam Al Quran sendiri, Allah ada berfirman dalam kalamNya, surah At Taubah ayat 24. Dalam ayat ni, Allah gambarkan ada  
3 peringkat cinta dalam Islam
 1) CINTA AGUNG: Cintakan Allah, Rasulullah dan berjihad di jalanNya. 
2) CINTA PERTENGAHAN: Cinta pada ibu bapa, anak-anak, suami isteri, saudara mara dan kaum kerabat.
 3) CINTA RENDAH: cintakan kaum kerabat dan harta benda melebihi cinta pada Allah , Rasulullah dan cintakan jihad di jalanNYA.

 Tapi, kalau yang memang dah ada taman dalam hati macam mana? "Mak ayah tak bagi kahwin lagi sebab tengah belajar. Tak kan haram jugak kot. Rasa suka ni tak boleh nak sekat!".. Hmm, sebenarnya begini..
"Cinta ini memang fitrah, tapi jangan kita jadikan ia fitnah. Sebagai contoh, bila kita sedang berpuasa, kita disuruh agar tidak mendekati makanan kerana boleh jadi ia membawa fitnah yang boleh membawa kita berbuka puasa. Maka begitu juga CINTA, rasa suka itu fitrah. Jadi, kita dilarang mendekati maksiat seperti zina hati, dating dan bergayut dengannya di telefon agar fitrah itu tidak menjadi fitnah. Sehari tak bercakap
dengan si dia jadi gundah, tapi sehari tak bangun qiamullail, tak pulak rasa begitu.

 Kalau penyakit ini ada dalam hati kita, hati-hati. Jangan sampai cinta yang kononnya suci ini jatuh martabat menjadi cinta rendah, iaitu bila mana cinta manusia lebih daripada cinta Allah..
"kami tidak akan ucapkan perkataan 'CINTA' kepada mana-mana lelaki ajnabi kerana.. kami simpan perkataan itu untuk diucapkan kepada bakal suami selepas akad nikah" 

BERDASARKAN CERPEN BUAT BUDAK COUPLE ISLAMIK
“Ana Khairun Nisa, sila beri tunjuk ajar.” Nisa memperkenalkan dirinya.
Dalam mahu yang bercampur dengan iman di dalam hatinya, Naim melihat Nisa dengan sipi-sipi matanya sahaja. Ingin dia merenung Nisa dengan lebih tajam tapi iman di dadanya masih kukuh bak tembok besar cina.
“Cantiknya,” hati Naim bermonolog.
Tidak sampai sekelip matapun,imannya menampar hatinya. Dia terus sedar dari diulik oleh syaitan dan lantas dia beristighfar, memohon ampun daripada Tuhan dek kerana melakukan zina, zina hati. Ingin sahaja matanya mengeluarkan bintik-bintik mutiara tanda sesalnya dia akan dosanya namun selaput kaca di matanya masih tebal. Mungkin penyesalannya masih belum kuat untuk memecahkan selaput kaca itu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...